Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MARA tangguh Sesi pengajian 2015
Diterbitkan:  Dec 29, 2014 11:00 PM
Dikemaskini: 3:04 PM

Tarikh permulaan pengajian ke Institusi Pendidikan Mara (IPMa) bagi sesi Januari 2015 ditangguhkan berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung.

    

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam kenyataan berkata sesi pengajian IPMa di semua Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Mara, Institut Kemahiran Mara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) akan bermula pada 13 Januari depan.

    

Sesi pengajian di KKTM Kelantan pula dijadual bermula pada 18 Januari, manakala IPMa yang tidak tersenarai akan memulakan sesi pengajian seperti biasa.

    

Menurut kenyataan itu, penangguhan berkenaan dibuat bagi memberi kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pentadbiran institusi untuk menguruskan pendaftaran pelajar.

    

"Mara turut mengambil kira keperluan semasa IPMa yang sedang dan akan dijadikan pusat penempatan sementara mangsa banjir di seluruh negara," kata kenyataan itu.

    

Mara turut meminta pelajar yang tidak dapat memulakan sesi pengajian pada tarikh yang ditetapkan untuk berhubung terus dengan institusi masing-masing.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS