Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff menjelaskan bahawa butiran persempadanan semula itu ada dinyatakan dalam buku yang ada di tempat peta persempadanan semula dipamerkan.

"Proses persempadanan semila ini dah masuk kali keenam dan beginilah prosesnya selama ini.

"Kalau kita letak semua dalam peta itu, berserabutlah jadinya," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

Menurutnya, peta yang sama akan dimuatnaik ke portal SPR tidak lama lagi.

Abdul Aziz diminta mengulas dakwaan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mendakwa peta persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak yang dikeluarkan SPR tidak lengkap.

Peta itu, dakwa BERSIH, tidak memperincikan sempadan daerah mengundi dan menyebabkan pemilih tidak dapat menilai persempadanan semula itu.

Sementara itu, dalam kenyataan media yang diedarkan, BERSIH turut menggesa agar sesi pendengaran bantahan kepada Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya negeri Sarawak dilakukan secara umum dengan kehadiran media dan peguam.

"SPR memaklumkan parti-parti politik yang setiap bantahan berkumpulan terhad kepada tiga wakil tanpa wakil perundangan dan sesi hanya selama 30 minit.

"SPR sepatutnya memaksimakan penglibatan awam dalam persempadanan semula dan meminimumkan pengagihan tak sekata (malapportionment) dan gerimander," kenyataan BERSIH dipetik.

Mengulas perkara itu, Abdul Aziz berkata peguam sebenarnya boleh hadir ke pendengaran bantahan tersebut jika mereka adalah pengundi berdaftar kawasan pilihan raya tersebut.

"Kalau dalam kumpulan itu ada peguam tiada masalah.

"Tiga orang peguam tak apa. Semua 100 orang peguam pun tak apa," kata Aziz.

Lihat Komen
ADS