Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas mengenai isu yang timbul berhubung surat sokongan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai individu disyaki anggota kongsi gelap 14K.

Gani mengelak soalan tersebut ketika ditanya selepas pelancaran persidangan Legal Year 2015 di Putrajaya hari ini yang menghimpunkan para hakim, peguam dan pegawai kehakiman.

“Saya tidak akan kata apa-apa (hari ini). Biarlah hari ini jadi acara untuk mahkamah.

"Jika tiak, (jika) anda tiba-tiba muncul dengan perkara lain, anda memperkecilkan urusan mahkamah.

"Saya akan jawab bila anda temui saya di masa lain,” katanya ketika ditemui Malaysiakini .

Gani juga enggan mengulas apabila ditanya dalam sidang media sebelum itu, dan menegaskan bahawa beliau hanya ingin memfokuskan pada acara hari ini.

Beliau ditanya sama ada Menteri Dalam Negeri merujuk Pejabat Peguam Negara sebelum Zahid mengemukakan surat mendakwa individu digelar raja judi Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS