Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Genius austistik M'sia dapat surat kedua Obama

Seorang kanak-kanak autistik Delwin Cheah Wien Loong berjaya mencabar dirinya dan menunjukkan kepada orang lain bahawa beliau setanding dengan mereka.

Delwin, ketika usia baru 12 tahun kini menerima surat kedua daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang berterima kasih atas bakatnya itu.

Beliau mendapat surat “pujian dan pengiktirafan” pertama daripada Obama pada 11 Ogos tahun lalu.

“Saya selalu hargai apabila mendengar daripada orang muda seperti kamu dan menggalakkan kamu meletakkan matlamat yang tinggi dan mensasarkan kecemerlangan dalam apa jua tindakan kamu,” tulis Obama ( kanan ) dalam nota ringkas kepada Delwin kali ini.

Delwin seorang pelukis autistik savant pertama di Malaysia, merujuk kepada individu autistik yang genius.

Kurang daripada 50 golongan itu masih hidup di dunia ketika ini dan Delwin merupakan savant termuda dalam kumpulan Strokes of Genius USA.

Bernama pada tahun lalu melaporkannya sebagai pelukis austistik savant termuda di dunia yang mengadakan pameran lukisan solo oleh Record Setter AS.

Beliau didiagnosis dengan Sindrom Asperger pada usia lima tahun, dan berdepan masalah berkomunikasi ketika masih kecil.

Bagaimanapun beliau dilapor mencatat mata 114 dalam ujian IQ tanpa lisan, mempunyai keupayaan luar biasa mengingati semua haiwan dan mula melukis pada usia tiga tahun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS