Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan terdapat anggota tentera yang mencuri roket antikereta perisai daripada sebuah kem di Kedah.

Ketika ditanya pemberita berhubung kelonggaran kawalan keselamatan sehingga roket itu dicuri, Hishammuddin berkata beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Saya tak terima... Tak ada. Saya tak ada maklumat berhubung kait dengan siasatan dengan bom (di Gurun)," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Polis pada 9 Jun lalu percaya bahawa anggota tentera yang mencuri roket mungkin berniat untuk menjual logam bernilai daripada bahan tersebut.

Letupan kuat dalam kejadian akibat roket tersebut merosakkan lebih daripada 40 buah rumah dalam kejadian di Gurun bulan lalu.

Anggota tentera terbabit, Ayub Hashim, 34, menyeludup keluar bom terbabit daripada Kem Hobart di Gurun.

Ayub, isterinya bersama anak perempuannya berusia lapan tahun, Nur Idayu Syahirah Ayob serta anak kepada jirannya, Aqif Mohd Shahrizal, 4, terbunuh dalam letupan tersebut.

Lihat Komen
ADS