Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Umno tiada kaitan siasatan terhadap Eric Paulsen

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengecam tindakan aktivis peguam, Eric Paulsen yang mengaitkan siasatan berhubung kenyataan kontroversinya dengan Umno.

Hishammuddin berkata, tindakan mengaitkan Umno itu merupakan tindakan segelintir pihak yang suka beri tanggapan negatif kepada parti itu.

"Usaha untuk menidakkan Umno dan tuding jari pada Umno kepada segala perkara negatif buruk adalah agenda segelintir yang tak pernah berhenti. Sebab itu kita konsisten pendirian kita.

"Dan yang kita nak lakukan ialah kita sama-sama dalam Umno buktikan apa yang dia katakan itu tak benar," katanya dalam satu sidang media di  Wisma Pertahanan hari ini.

Sebelum ini, Tweet Paulsen yang mendakwa Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat, dikritik pelbagai pihak, serta mengundang siasatan polis.

Beliau dilapor menyerahkan kepada pihak polis menyiasatnya terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada akan memohon maaf atas kenyataan kontroversinya itu.

Selain itu, Paulsen menggesa polis bertindak lebih profesional dan tidak pilih kasih dalam menjalankan tugas selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia wajar disiasat bawah akta hasutan.

Paulsen kemudiannya dilaporkan mengaitkan tindakan polis terhadapnya itu dengan dengan kempen oleh tentera siber pro-Umno.

“Tidak wajar dan sungguh mengejutkan apabila ketua polis negara menerima arahan daripada tentera siber dan penyokong pro-Umno di Twitter, ketika beliau seharusnya neutral menangani mereka (kumpulan itu) yang bermotifkan politik dan jelas mempunyai niat tidak baik,” katanya.

Lihat Komen
ADS