Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin percaya bahawa Mahkamah Persekutuan yang memutuskan anak guamnya Sirul Azhar Umar, bersalah dan hukuman mati yang dijatuhkan kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu, mungkin silap.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas panjang sama ada mahkamah itu terkhilaf dalam penghakimannya.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah itu di Putrajaya, peguam itu merujuk hujah mengenai bukti yang mencadangkan bahawa Sirul yang membawa polis ke lokasi kejadian dan selipar yang ada kesan darah ditemui dalam kereta Sirul, dimiliki oleh mangsa.

"Ia muncul daripada tanggapan umum bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mengambil kira bukti responden (Sirul dan Azilah Hadri) mengetuai polis ke lokasi kejadian di Puncak Alam, sebagai salah satu faktor yang signifikan mensabit kesalahan kepada responden," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, Mahkamah Rayuan sebelum ini membebaskan dua bekas pegawai polis selepas bukti yang dikemukakan oleh perdakwaraya tidak cukup untuk membuktikan kedua-dua tertuduh bersalah.

Beliau menegaskan bahawa mahkamah lebih rendah tidak pernah membuat penemuan bahawa Sirul yang menunjukkan jalan ke lokasi kejadian itu.

Untuk menyatakan sebaliknya, beliau berhujah, ia dilihat tidak betul.

Kamarul berkata Mahkamah Persekutuan juga beranggapan bahawa kesan darah pada selipar dalam kereta Sirul adalah milik Altantuya.

“Jika itu yang dimaksudkan oleh Mahkamah Persekutuan, jadi ia boleh jadi tidak benar sama sekali," katanya.

Ini kerana, katanya, barisan pendakwaraya pun memajukan bahawa darah itu milik pihak daripada kumpulan yang sama, tanpa merujuk kepada Altantuya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS