Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, beliau tidak tahu menahu tentang sebarang perkara yang melibatkan Paul Phua, warga Malaysia yang didakwa seorang 'raja judi.

Syed Hamid ( kiri ), kini pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), enggan memberikan sebarang komen dan meminta pemberita supaya merujuk perkara itu kepada pihak polis.

"Saya tak tahu. Jangan tanya saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di ibu negara hari ini.

"Kamu kena bergantung kepada maklumat berkenaan jenayah ini daripada polis.

"Jadi, apa juga polis cerita dengan kamu, itulah perkaranya."

Phua kini sedang menunggu perbicaraan di Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas.

Lawatan sekitar KL

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) bagi membetulkan satu kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia ekoran, laporan PDRM yang mengatakan, sejak 2008, pihak berkuasa itu mengenal pasti tiga orang rakyat Malaysia sebagai anggota kumpulan kongsi gelap 14K dan pihak pendakwaan AS percaya Phua ( kiri ) terlibat.

Surat itu didakwa menyatakan Phua membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”.

Sementara itu, hari ini, Syed Hamid hari ini mengadakan lawatan kerja sekitar Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan perkhidmatan kereta api ibu negara.

Beliau yang turut ditemani oleh Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad hari ini menaiki kereta api transit aliran ringan (LRT) Monorel dari stesen KL Sentral menuju ke stesen Hang Tuah.

Selepas itu, beliau menaiki pula kereta api LRT Star menuju ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya menaiki Komuter menuju semula ke stesen KL Sentral.

Syed Hamid berkata, lawatan kerjanya hari ini bagi memantau sistem sedia ada bagi menambah baik perkhidmatannya.

Lihat Komen
ADS