Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas lapan bulan melarikan anak lelakinya yang berusia enam tahun dari si ibu, N Viran @ Izwan Abdullah hari ini membawa kanak-kanak itu ke Mahkamah Persekutuan.

Izwan kelihatan bersama anaknya itu dan berjalan ke dalam dewan mahkamah pada kira-kira jam 9.30 pagi untuk pendengaran permohonannya bagi menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Seremban, yang memberi hak penjagaan kepada ibu kanak-kanak itu - S Deepa.

S Deepa (kiri) dan Viran terbabit dalam kes perebutan hak penjagaan. Mereka berkahwin pada 2003 melalui upacara agama Hindu.

Bagaimanapun, Viran memeluk Islam dan beliau turut menukar agama dua anaknya kepada Islam, didakwa tanpa pengetahuan Deepa.

Viran atau Izwan, mendakwa dia mendapat hak penjagaan kedua-dua anak-anak daripada Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 19 September 2013 dan berlaku perebutan hak penjagaan yang berlarutan.

Viran telah melarikan anak mereka dari rumah Deepa di Jelebu pada 9 April, dua hari selepas Mahkamah Tinggi memberikan Deepa hak penjagaan dua anaknya itu.

Sejak lapan bulan lalu, Viran enggan menyerahkan anak itu walaupun rayuan dari Deepa dan ahli keluarga yang lain.

Viran, bekas pemandu lori, berkata beliau berbuat demikian untuk melindungi agama anaknya sebagai seorang Muslim kerana Deepa telah mempersoalkan pertukaran agama kanak-kanak itu.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mengetuai panel lima hakim.

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS