Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis akan serah kertas siasatan Eric pada AG
Diterbitkan:  Jan 14, 2015 7:30 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman

ekstremis akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

    

"Kita akan hantar secepat mungkin. Kalau boleh, kita nak hantar esok," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

    

Sementara itu, Mohmad berkata Paulsen dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas direman dua hari.

    

Paulsen menerusi catatan di laman twitternya dalam bahasa Inggeris pada Jumaat lepas yang membawa maksud "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".

    

Bagaimanapun, kenyataan itu telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

    

Empat hari kemudian (Isnin lalu), Paulsen ditahan di Brickfields kira-kira pukul 9 malam.

    

Kes Paulsen disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS