Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa kementerian itu kini diserang ekoran suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Beliau menyalahkan portal berita tertentu yang menurutnya hanya mahu mencari berita sensasi.

"Tahun ini dimulakan dengan permulaan yang cukup-cukup mendebarkan. Saya pernah dan sering memaklumkan bahawa KDN di serang. Ya, kita diserang," katanya.

Beliau mendakwa, portal berita itu mencari berita negatif dan mengamalkan “budaya putar belit”.

"Ada di kalangan mereka yang suka porak peranda itu berlaku kerana yang baik bukan berita, yang tidak baik itu berita,” katanya dalam ucapan di perhimpunan bulanan kementeriannya pagi ini.

Beliau turut menghiburkan para hadirin dengan memberi contoh “posmen dan anjing”.

“Posmen digigit anjing itu perkara biasa, tidak perlu ditulis sebagai berita. Tetapi jika posmen gigit anjing, itu berita bagi mereka.

“Jadi mereka mencari posmen yang gigit anjing,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS