Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Phua tak bantu kami, kata sumber polis
Diterbitkan:  Jan 15, 2015 2:46 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Membangkitkan perihal Akta Rahsia Rasmi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bantuan Paul Phua dalam isu keselamatan negara berstatus rahsia.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa warganegara Malaysia yang dikatakan seorang 'raja judi' itu tidak bekerjasama dengan polis dalam isu itu.

Mengesahkan perkara itu, sumber polis berkata mungkin Phua sebenarnya terlibat dengan agensi lain dalam negara ini.

“Dia tidak bekerja dengan polis, tetapi mungkin membantu jabatan lain.

"Perkara ini hanya menteri yang tahu,” katanya kepada Malaysiakini .

Sumber bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung agensi yang memerlukan bantuan pemain poker terkenal itu, yang kini berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS).

Ketika dihubungi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga enggan mengulasnya.

Sebelum ini, sumber-sumber juga memaklumkan bahawa Zahid tidak berunding terlebih dahulu sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan Phua.

Dalam surat itu, yang mencetuskan kontroversi itu, menteri dalam negeri dilaporkan berkata Phua membantu kerajaan Malaysia dalam isu keselamatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS