Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan dapat pujian DAP isu kuil di Putrajaya
Diterbitkan:  Jan 18, 2015 6:41 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Jarang-jarang berlaku, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dipuji pemimpin DAP sebagai contoh teladan untuk menteri kabinet lain.

Ini berlaku selepas Tengku Adnan ( bawah ) menyelar kumpulan pendesak Melayu PERKASA kerana mempersoal pembinaan kuil Sri Lalithambikai Alayam Hindu di Putrajaya.

“Kritikan Tengku Adnan pada PERKASA kena pada masanya, dialu-alukan dan layak mendapat pujian dan sokongan rakyat Malaysia,” kata anggota Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

“Diharapkan lebih ramai menteri-menteri Muslim tampil menegur PERKASA untuk menghatar mesej kuat dan jelas bahawa ketaksuban agama tiada tempat di negara pelbagai bangsa dan agama.”

Pemuda PERKASA pada 14 Januari menolak pembinaan kuil Hindu di Presint 20, Putrajaya kerana “agak tidak sesuai” di kawasan majoriti Melayu.

Tengku Adnan, yang juga anggota parlimen Putrajaya, bagaimanapun semalam menyelar PERKASA yang menurutnya “membuat bising” dan “menghasut” kerana langkah itu tidak akan membuatkan seluruh Putrajaya jadi Hindu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS