Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan teksi Sibu tuntut subsidi bahan api

Persatuan Pemilik Teksi Sibu (STOA) meminta kerajaan persekutuan memberi bantuan subsidi bahan api kepada pengusaha-pengusaha teksi di Sarawak bagi membolehkan mereka membelinya dengan

harga murah.

Pengerusinya Robert Angkah berkata, sudah lama persatuan mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

"Kami (pengusaha teksi di Sarawak) belum lagi menerima apa-apa bantuan subsidi (bahan api) daripada kerajaan walaupun perkara ini pernah disuarakan lama dahulu.

"Oleh itu kali ini kita memohon bantuan Datuk Seri Tiong King Sing (Anggota Parlimen Bintulu) menyampaikan permintaan kita ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk pertimbangan," katanya pada majlis makan malam sempena mesyuarat agung tahunan dan sambutan tahun baharu 2015 di Sibu malam tadi.

Menurut Robert, suatu ketika dahulu persatuan ada memohon kepada kerajaan supaya membina stesen gas asli untuk kenderaan (NGV) kerana harganya jauh lebih murah berbanding petrol.

"Bagaimanapun persatuan dimaklumkan bahawa kos bagi membina stesen NGV dan menarik gas itu dari Bintulu adalah terlalu mahal dan tidak berbaloi dilaksanakan setakat ini.

"Oleh sebab itulah kita memohon kerajaan supaya memberi subsidi (bahan api) kepada pengusaha teksi," jelasnya.

Sementara itu, Tiong yang merupakan tetamu kehormat pada majlis itu berkata, beliau akan menyampaikan permintaan STOA itu kepada Perdana Menteri.

- Bernama

Lihat Komen
ADS