Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan mendesak agar Parlimen mendedahkan dokumen mengenai pulangan tahunan sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, maklumat tersebut akan membuktikan dakwaannya bahawa anak syarikat tersebut,  SRC International telahpun diambil alih oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Jelasnya, dokumen tersebut akan mengesahkan dakwaannya sebelum ini bahawa syarikat tersebut diambil alih sebaik membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Saya akan mendapatkannya daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan saya akan mintanya daripada Parlimen," kata Rafizu pada sidang media pagi ini.

Beliau mendakwa, pengambil alihan itu merupakan satu langkah untuk menyelamatkan SRC International.

"Ini benar-benar memberikan makna baru kepada 'jaminan keluar' di dalam negara kita ini.

Menurutnya, dokumen pulangan tahunan itu lazimnya difailkan kepada setiausaha syarikat pada setiap tahun kewangan.

Rafiz juga mempersoalkan sekiranya langkah itu sememanganya dirancang lebih awal.

Aktiviti perlombongan

"Syarikat itu telah mencatat kedudukan kewangan yang lemah yang mana hutangnya melebihi aset.

"Adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF inc disebabkan SRC International ini diketahui dari awal akan mengalami masalah kewangan?" soalnya.

Beliau yang juga naib presiden PKR mendakwa pengambilalihan itu berlaku di antara tahun kewangan Januari 2011 hingga Mac 2012.

Katanya, ia berdasarkan kenyataan Arul Kandasamy sebelum ini, yang menyatakan syarikat itu kini berada bawah MOF Incorporated.

Rafizi juga sebelum ini dilaporkan mendakwa, pinjaman RM4 bilion dengan jaminan kerajaan itu bagi mengambilalih satu syarikat perlombongan di Mongolia.

Beliau yang memetik satu laporan The Business Times mendakwa, pelaburan itu bagaimanapun tidak berlaku.

Lihat Komen
ADS