Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Editor akhbar mingguan Katolik The Herald , Father Lawrence Andrew berkata beliau berharap agar negara ini akan lebih terbuka dan memberi ruang kepada hak minoriti agama dan masyarakat minoriti.

Beliau juga kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tetap enggan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah itu hari ini menolak permohonan ketua biskop Gereja Roman Katholik untuk menyemak semula penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Andrew berkata, mereka percaya kes lain dengan cabaran perlembagaan sebelum itu akan timbul selepas ini.

Lawrence turut menyifatkan kes yang melibatkan perlembagaan sangat penting bagi memelihara hak kepercayaan seseorang.

katanya kes ini diteruskan demi memastikan “Masyarakat kita hidup aman dan harmoni di dalam negara kita, yang kita sangat cintai”

 

“Kami berharap dan berdoa hak minoriti tidak akan di pijak-pijak dan hak minoriti akan diangkat suci kerana mengikut pemahaman kami, tuhan akan memelihara mereka yang miskin, tertindas, terpinggir  jadi kami berdoa supaya hak minoriti diambil peduli.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS