Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat 6 petang ini meningkat kepada 1,352 orang berbanding 1,131 orang tengah hari tadi.

Jumlah mangsa banjir di Beaufort kini seramai 706 orang daripada 243 keluarga di satu pusat pemindahan, manakala di Membakut seramai 324 orang daripada 109 keluarga di dua pusat pemindahan.

Di Tenom, jumlah mangsa banjir ialah seramai 262 orang daripada 75 keluarga di lima pusat pemindahan, manakala Sipitang seramai 60 orang daripada 13 keluarga di satu pusat pemindahan.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di SARAWAK mencatatkan penurunan kepada 6,249 orang berbanding 6,350 orang pada tengah hari tadi, dan jumlah pusat pemindahan juga berkurangan daripada 42 kepada 37.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata jumlah mangsa banjir di Kuching turun kepada 3,373 berbanding 3,396 tengah hari tadi, dengan dua pusat pemindahan ditutup, menjadikan jumlahnya kini 20.

Beliau berkata sejak tengah malam tadi, enam pusat pemindahan banjir sudah ditutup di Kuching, dan keadaan cuaca baik ketika ini menjanjikan perkembangan lebih positif.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Samarahan dan Limbang kekal seperti tengah hari masing-masing 1,598 di 11 pusat pemindahan dan 1,244 di lima pusat pemindahan manakala di Mukah 34 orang di satu pusat pemindahan.

Katanya beberapa jalan utama sekitar Slabi di daerah Serian ditutup kepada lalu lintas.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 77 orang daripada 18 keluarga berbanding 78 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir tengah hari tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di Perak Tengah sebanyak 43 orang manakala di Hulu Perak 34 orang.

Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah mangsa banjir kekal 255 orang melibatkan 62 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai ekoran rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir.

- Bernama

Lihat Komen
ADS