Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata beliau juga tidak pernah menulis surat kepada Biro Siastan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) semasa mengetuai kementerian itu.

"Semasa zaman saya, saya tidak pernah tulis surat kepada FBI,” kata Syed Hamid kepada pemberita hari ini.

Kenyataannya itu selari dengan pengakuan seorang lagi bekas menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengumumkan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan surat kepada FBI.

Pengakuan itu timbul selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mempertahankan tindakan mengutus surat kepada FBI bagi menjelaskan mengenai kedudukan individu didakwa raja judi haram, Paul Phua.

Dalam suratnya, Zahid menjelaskan bahawa kongsi gelap 14K tidak wujud di Malaysia dan Phua juga tidak menganggotai kongsi gelap itu di Malaysia.

Zahid juga mengumumkan bahawa beliau berkuasa mengeluarkan surat seperti itu dan menambahm menteri sebelum ini juga ada mengeluarkan surat seperti itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS