Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Esszone: Perintah berkurung dilanjutkan
Diterbitkan:  Jan 24, 2015 7:24 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Perintah berkurung di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang akan berakhir esok (25 Jan) dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung yang merangkumi enam daerah di kawasan pantai timur Sabah itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan selain atas permintaan banyak pihak.

"Selepas mengambil kira beberapa faktor keselamatan, saya terpaksa melanjutkan perintah berkurung ini selepas fasa kesebelas akan tamat mulai esok," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Fasa pertama perintah berkurung dari 7 malam hingga 5 pagi di kawasan ESSZone dikuatkuasakan pada 19 Julai lalu berikutan beberapa insiden penculikan melibatkan rakyat tempatan dan asing di beberapa daerah di timur Sabah.

Sementara itu, Jalaluddin berkata anggota polis Marin, Konstabel Zakia Ailep, 27, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul tahun lalu, dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Sepertimana yang diuar-uarkan Zakia terkena jangkitan malaria itu tidak betul ... tentera dan polis di Filipina memburu penculik ini maka Zakia sukar untuk dikesan kerana lokasi mereka yang sentiasa berubah," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS