Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Haron Din: P'raya PBT tak harmonikan negara
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 12:59 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, kata timbalan mursyidul am PAS.

Datuk Haron Din juga berkata sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar akkerana itulah isu pilihan raya PBT elok dihentikan segera,” Haron Din dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum ini Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.

Haron turut meminta DAP tidak menyamakan isu pilihan raya PBT dengan isu hudud kerana menurutnya ia langsung tidak mempunyai kaitan.

“Hudud adalah teras perjuangan parti dan kerana itulah PAS mewujudkan sedangkan pilihan raya PBT ini apa bendanya, bukan perjuangan parti dan bukan teras DAP,” Haron Din dilaporkan sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS