Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

AirAsia Bhd memansuhkan surcaj bahan api untuk semua penerbangan dalam kumpulan itu bermula hari ini, seiring dengan kejatuhan harga minyak global.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang rendah itu ia juga

memansuhkan surcaj bahan api untuk sekutu penerbangan tambang rendah jarak jauhnya AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata keputusan dibuat pada November 2014 namun syarikat hanya dapat melaksanakannya sekarang.

"Syarikat percaya dengan memansuhkan surcaj dan mengurangkan kos penerbangan akan memberi rangsangan besar kepada industri pelancongan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS