Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paulina Vega dinobat ratu cantik dunia
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 5:15 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Pelajar pentadbiran perniagaan daripada Colombia Paulina Vega dinobatkan sebagai ratu cantik dunia mengalahkan pencabar terdekatnya dari Amerika Syarikat Nia Sanchez.

Paulina mengalahkan 80 lagi peserta negara lain dalam dalam pertandingan yang diadakan di Miami, Amerika Syarikat pada Ahad, lapor agensi berita AP.

Menyambut kemenangan itu, gadis muda 22 tahun itu berkata beliau memakai mahkota kemenangan di kepalanya dengan penuh "rasa bangga dan teruja".

Apatah lagi, kata Paulina, apabila mendengar bahawa peminatnya meraikan kemenangannya di jalan raya sekitar Colombia.

"Saya rasa saya berada di Colombia bersama peminat saya. Saya rasa sokongan itu setiap saat sebagai ratu," katanya seperti dilapor agensi berita antarabangsa itu.

Wakil Malaysia, Sabrina Beneett turut terpilih dalam pusingan akhir tetapi gagal menempatkan diri dalam kedudukan 15 terbaik.

Lihat Komen
ADS