Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beli sandwic dapat sebungkus wang
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 7:16 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Ini mungkin 'pelaburan' paling menguntungkan.

Ia berlaku apabila seorang wanita dari New Hampshire, Amerika Syarikat terkejut apabila bungkusan pesanannya di restoran Burger King tidak mengandungi makanan dan minuman sebaliknya wang tunai.

Janelle Jones berkata dia menyedari perkara itu apabila tiba di rumahnya, lapor agensi berita antarabangsa AP yang memetik portal Foster's Daily Democrat .

Dalam laporan itu, Janelle mendapati bungkusan itu tidak mengandungi teh manis dan sandwic ayam pedas yang dipesannya pada Jumaat, di sebuah daerah di New Hampshire.

Bagaimanapun, setelah menghubungi suaminya, Janelle  memutuskan untuk memulangkan sejumlah AS$2,631, yang sebenarnya merupakan deposit bank Burger King.

Laporan itu juga menyebut, mereka membuat keputusan memulangkan kembali wang itu ekoran faktor agama dan percaya tuhan melihat segala-galanya.

Lihat Komen
ADS