Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis dunia Islam bincang isu keganasan
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 1:14 PM
Dikemaskini: 6:23 PM

Aktivis daripada pelbagai dunia Islam dijadual berkumpul hampir seminggu di negara ini bermula 31 Januari bagi membincangkan isu keganasan global yang dikaitkan dengan Islam.

Menurut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Union Of NGO's Islamic World (UNIW) mereka akan mengetengahkan isu keamanan sejagat susulan beberapa insiden yang mencetuskan rasa takut terhadap Islam sebelum ini.

Ini termasuk isu serangan ke atas majalah satira Charlie Hebdo yang mempersenda Nabi Muhammad, tragedi penahanan tebusan di Sydney dan ekstremisme kumpulan bersenjata Negara Islam di Timur Tengah.

Pengarah program itu Ahmad Fahmi Shamsuddin berkata proggram itu akan mengambil tema Islam sebagai " rahmatan lil alamin " (rahmat terhadap seluruh alam).

“Konsep "Islam Rahmatan Lil Alamin" menolak sama sekali gejala ekstremis yang keterlaluan yang sedang mengancam kestabilan sosio-politik-ekonomi antarabangsa,” katanya.

Persidangan itu dijadual menghimpunkan golongan muda daripada seluruh pelosok dunia Islam.

Persidangan itu turut menampilkan tokoh pemikir Islam terkemuka, Prof Dr Tariq Ramadan yang akan menyampaikan syarahan berkaitan konsep sebenar jihad dalam Islam.

Lihat Komen
ADS