Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paulsen: Mansuh hukuman mati jika mahu Sirul
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 1:36 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Malaysia patut segera menilai semula hukuman mati dan berusaha membawa pulang Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, daripada Australia, kata kumpulan peguam.

Lawyers for Liberty (LFL) berhujah Malaysia patut mengambil tindakan itu bagi memecahkan kebuntuan esktradisi dengan negara kanggaru itu.

“LFL menggesa kerajaan mengambil kesempatan keemasan ini dengan menilai semula hukuman mati sebagai salah satu hukuman,” kata pengarah LFL Eric Paulsen.

Ausralia tidak dapat menghantar pulang Sirul, bekas anggota polis elit, ke Malaysia kerana tidak mengiktiraf hukuman mati.

Sirul yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini tidak hadir kepada keputusan disampaikan kerana berada di Australia.

Paulsen berkata saban hari jumlah negara yang mengekalkan hukuman mati berkurangan setiap hari.

Katanya lagi, lebih 70 peratus negara di dunia ini sudah memansuhkan hukuman itu.

Katanya, hukuman mati ditolak kerana tiada tempat dalam masyarakat bertamadun yang menjunjung tinggi hak asasi manusia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS