Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wira Marvel tangkis Islamophobia di AS
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 2:12 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

Usaha menangkis sikap Islamophobia khususnya di San Francisco, Amerika Syarikat giat dijalankan oleh seorang artis seni jalanan di bandar raya itu.

Beliau menggunakan watak Kamala Khan – adiwira Muslim pertama komik Marvel – untuk menyampaikan mesej pendamaian dan menolak kebencian terhadap Islam, lapor Mashable .

Pada mulanya, bas yang beroperasi di bandar itu ditampal dengan iklan yang mengaitkan pemimpin Islam dengan tokoh Nazi Adolf Hitler.

Ia juga memuatkan mesej mendakwa kebencian terhadap Yahudi disebut dalam al-Quran.

Laporan itu menyebut, iklan kontroversi oleh penulis blog Pamela Geller itu disiarkan walaupun wujud rasa tidak puas hati umum secara meluas.

Bagi menolak idea itu, artis jalanan itu melekatkan gambar Kamala Khan di atas iklan yang dikatakan anti-Islam itu.

Beliau juga menampal bentuk hati yang melambangkan kasih sayang.

Lihat Komen
ADS