Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gesek biola 300 tahun hargai jasa FBI
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 5:22 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Pemuzik Frank Almond menggesek biola 300 tahun miliknya khas buat anggota  Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat,  yang menemui alat muzik kesayangannya itu yang dicuri sebelum ini.

Biola bernilai kira-kira AS$5 juta (RM18 juta) itu dicuri dalam satu serbuan tahun lalu, yang menyaksikan berlakunya kejadian tembak, lapor The Independent .

Portal itu melaporkan, beberapa jam selepas insiden itu, polis daerah Milwaukee menjumpai bekas biola itu di tepi jalan.

Ini diikuti dengan penemuan biola berharga itu sembilan hari kemudian oleh FBI dan polis polis Milwaukee.

Klip video yang dimuat naik dalam portal itu menunjukkan Frank menggesek biola kepada hadirin dengan penuh perasaan, sambil memejam mata.

Klip itu juga diselang seli dengan penjelasan mengenai latar belakang diri dan biola milik berharga itu serta bagaimana ia berjaya diperoleh.

Tepukan gemuruh menyambut persembahan Frank.

Lihat Komen
ADS