Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sirul Azhar Umar, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia minggu lalu, masih belum dibawa ke hadapan majistret untuk pendengaran ekstradisi.

          

Ini menurut peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang berada di Sydney untuk bertemu anak guam mereka.

Pejabat Peguam Negara Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi, yang memerlukan Sirul dibawa ke mahkamah untuk majistret mendengar permohonan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata kementeriannya telah mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi Sirul.

 
Sementara itu, peguam Kamarul Sirul Azhar (kiri) berkata anak guamnya sedang menimbang untuk mendapatkan khidmat peguam Australia untuk mewakilinya berdepan dengan kemungkinan ditahan dan diekstradisi.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami telah bertemu Sirul dan dia dalam keadaan baik dan dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa Australia," kata Kamarul kepada Malaysiakini melalui telefon hari ini.

Ditanya sama ada mereka tahu sama ada Pejabat Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk mengekstradisi Sirul, Kamarul berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara itu.

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS