Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat drone terhempas di Rumah Putih
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 8:44 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Sebuah pesawat kawalan jauh drone terhempas dalam kawasan Rumah Putih pagi Isnin menyebabkan kawalan keselamatan menjadi ketat.

Ia pada mulanya dibimbangi membawa ancaman kepada kediaman rasmi dan pejabat Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas sebuah drone dikesan terbang di atas istana presiden Perancis di Paris, lapor Foxnews.com.

Laporan itu menyebut, agensi risikan berkata saiz drone tersebut sepanjang dua kaki dan dikenali dengan nama komersial "quadcopter."

Jurucakap agensi risikan Brian Leary berkata pegawai yang bertugas di bahagian selatan Rumah Putih “mendengar dan melihat" drone itu terbang rendah pada awal pagi.

Drone itu bagaimanapun didapati bukan ancaman kepada keselamatan Rumah Putih.

Seorang lelaki mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Menurut jurucakap agensi risikan AS Nicole B Mainor, individu itu menghubungi pihaknya dan melaporkan sendiri insiden itu.

Lelaki itu juga, kata Mainor, menjelaskan drone itu hanya digunakan untuk kegunaan rekreasi.

Lihat Komen
ADS