Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAHB: Siling runtuh dalam video bukan di KLIA2
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 9:52 PM
Dikemaskini: 6:01 PM

VIDEO l 19 sec

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menafikan bahawa kejadian siling runtuh dalam video yang telah tersebar di media sosial, berlaku di KLIA2.

Dalam satu mesej di laman Facebooknya, MAHB menjelaskan bahawa terdapat maklumat palsu mengenai KLIA2 yang disebarkan di ruang siber melalui sebuah video yang menunjukkan kejadian siling runtuh di sebuah pusat membeli-belah.

Pusat membeli-belah yang disebut oleh MAHB di mana kejadian itu berlaku ialah Spring Mall di Kuching,  Sarawak.

Dalam satu mesej yang disiarkan oleh pengurusan Spring Mall, ia berkata kejadian itu adalah akibat paip pecah dari tangki air pada jam 6.54 petang.

Kerosakan tersebut telah ditangani dan tiada sebarang gangguan terhadap operasinya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS