Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tak benar anak dinamakan 'Nutella'
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 7:29 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Satu pasangan membuat keputusan pelik untuk menamakan anak mereka sempena jenama sapuan roti kegemaran mereka.

Bagaimanapun mahkamah Perancis memutuskan tidak membenarkan nama Nutella atau Fraise digunakan dan meminta pasangan itu memikirkan semula hasrat mereka, lapor The Independent.

Sejak September 2014, pasangan itu cuba menamakan anak mereka Nutella sebelum pihak pendaftar nama itu melaporkan kepada pihak pendakwaan mahkamah.

Memetik La Voix du Nord, The Independent melaporkan hakim sebagai berkata, menamakan anak dengan sapuan coklat itu boleh membuatkan dia menjadi mangsa ejekan di kemudian hari.

Apabila ibu bapa tidak hadir pada pendengaran pada November, hakim memutuskan kanak-kanak perempuan itu akan dinamakan Ella.

Sebelum ini, negara-negara lain turut mengharamkan nama-nama tertentu, termasuk:

1. Mafia No Fear - New Zealand

2. Bjørn - Norway

3. Superman - Venezuela

4. Anus - Denmark

5. Saddam Hussein - Brazil

6. Robocop - Mexico

7. Osama Bin Laden - Jerman

8. Tom - Portugal

9. Linda - Arab Saudi

Lihat Komen
ADS