Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan enam orang polis dari ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur menyerbu pejabat Zunar pagi dan merampas sejumlah 155 naskhah penerbitan yang diusahakan oleh kartunis popular itu.

"Serbuan di pejabat saya di bawah Seksyen 2 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen (1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," kata Zunar di Twitter.

Difahamkan, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu tiba di bangunan pejabatnya di Pudu, Kuala Lumpur sejak jam 11 pagi.

Zunar berkata, ia terdiri daripada 66 buah buku berjudul 'Pirates of Carry BN' dan 86 buah buku edisi bahasa Inggeris 'Conspiracy to Imprison  Anwar' dan tiga buah buku dengan judul yang sama dalam edisi bahasa Melayu.

Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di Cambridge, United Kingdom atas urusan kerja.

Mengulas tindakan itu, Zunar pihak terbabit sepatutnya mengemukakan saman ke atasnya sekiranya penerbitan berkenaan dianggap memfitnah mereka.

“Kalau kartun dianggap memfitnah, silakan orang yamg terasa itu kemuka saman sivil. Tiada masalah. Saya bantah guna undang-undang jenayah separti Akta Hasutan

Zunar berkata, beliau juga bimbang jika polis akan turut menyiasat pemilik premis yang menjadi disewa untuk pejabat tersebut.

“Ketika serbuan, polis asyik bertanya siapakah pemilik ruang pejabat yang saya sewa. Adakah mereka akan menyoal siasat pemilik pula?,” soalnya.

Terdahulu, seorang kakitangan Zunar ketika dihubungi mendakwa polis tidak mengemukakan waran untuk operasi tersebut.

Lihat Komen
ADS