Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bagaimana berhenti merokok cara Obama?
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 1:50 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Berhenti merokok boleh memberikan pelbagai kesan sementara kepada seseorang, baik daripada segi jasmani, psikologi atau tingkah laku.

Bagaimanapun, bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama, ia boleh mengundang kemarahan sebuah negara.

Kelmarin, semasa perarakan hari republik India, pemimpin negara kuasa besar dunia mencetus kontroversi apabila mengunyah gula-gula getah, dipercayai mengandungi nikotin untuk terapi merawat gian berhenti merokok.

Lebih mencuri perhatian apabila beliau ketika itu duduk di sebelah Perdana Menteri India Narendra Modi dalam acara rasmi sambutan hari republik India.

Tingkah laku Obama itu dikesan oleh koresponden Rumah Putih  Peter Baker di Delhi yang menulis tweet berbunyi:

“Obama kelihatan menikmati perarakan, ditunjukkan di televisyen India beliau mengangguk kepala seiring irama muzik. Nampak seperti mengunyah gula-gula getah, mungkin (jenama) Nicorette.

Obama appears to be enjoying parade, shown on Indian television bobbing his head with the music. Seems to be chewing gum, probably Nicorette

— Peter Baker (@peterbakernyt) January 26, 2015

Tindakan Obama itu mengundang  reaksi bercampur baur di alam maya antara pihak. Ada yang melihatkan sebagai tidak sopan manakala ada juga yang mempertahankan Obama sebagai hanya seorang manusia biasa. 

Ini bukan kali pertama Obama menjadi perhatian media dengan tabiat itu. Perkara sama pernah dibangkitkan sebelum ini, termasuk dalam acara di China dan Perancis.

Obama dikatakan menggunakan gula-gula getah nikotin secara kerap bagi mengawal ketagihannya terhadap rokok.

Beliau pada 2009 mengakui sukar berhenti merokok kerana sudah menjadi tabiat sejak sekian lama.

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap kadar kemunculan perokok baru di AS dengan 1,000 orang bawah 18 tahun terjebak setiap hari.

Obama adalah presiden pertama AS yang hadir ke acara sambutan hari republik India.

Kunjungan Obama bertujuan merapatkan hubungan serta mempertingkat “keserasian” kedua-dua negara itu.

- Agensi

Lihat Komen
ADS