Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis nafi insiden tetakan kaum di Pandan Jaya
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 4:26 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, di ibunegara, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

    

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

    

"Keadaan di sekitar Pandan Jaya aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti harian," katanya ketika dihubungi Bernama  hari ini.

    

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.

    

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebar maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi sebarang

maklumat, sila rujuk pihak berkuasa" katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS