Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NGO pendesak Melayu, PERKASA memfailkan saman ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup kerana menggelarkan kumpulan tersebut “rasis dan cauvinis”.

PERKASA yang diketuai presidennya, Datuk Ibrahim Ali, mendakwa Kurup turut mengulangi kenyataan didakwa “memfitnah” tersebut semalam di Petaling Jaya.

PERKASA memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan tuntutannya, PERKASA mendakwa Kurup berniat untuk menyatakan bahawa NGO berkenaan merupakan kumpulan ekstremis dan menggunakan agama untuk cetus kekerasan.

Mereka seterusnya mendakwa, kenyataan Kurup menggambarkan bahawa tindakan PERKASA bertentangan dengan nilai dalam pembentukan negara, dan menyebabkan timbul ketakutan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

PERKASA menuntut injunksi ke atas Kurup bagi menghalang menteri tersebut daripada mengulangi kenyataan terbabit.

Selain itu mereka turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan.

Kurup didakwa menggunakan perkataan memfitnah dalam kenyataan media semasa malam sambutan Krismas tahun lalu.

PERKASA mendakwa, Kurup turut membuat kenyataan sama semasa satu konvensyen di Petaling Jaya semalam.

Kedua-dua kenyataan itu merupakan sebahagian daripada saman yang difailkan hari ini oleh PERKASA.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS