Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa kawasan di wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama sehari iaitu dari 6 hingga 7 Feb berikutan kerja-kerja pemasangan dua unit sistem zon Injap Pengurang Tekanan(PRV) di SS1, Kampung Tunku, Wilayah Petaling.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Kuala Lumpur hari ini, antara kawasan terbabit ialah keseluruhan SS1, sebahagian SS9A dan sebahagian Seksyen 22 yang akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam hingga 8 pagi keesokan hari melibatkan sebanyak 3,104 pintu rumah.

Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut dan menggunakan air secara berhemah.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas' atau muat turun aplikasi mySYABAS di telefon pintar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS