Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perang Twitter isu isteri Obama tak tutup kepala
Diterbitkan:  Jan 29, 2015 8:47 AM
Dikemaskini: 7:28 AM

Langkah wanita nombor satu Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama tidak menutup kepala ketika bertemu dengan pemerintah Arab Saudi Raja Salman mencetuskan perang hangat di media sosial.

Ini kerana langkah isteri Barrack Obama itu dilihat sebagai sebuah kenyataan politik.

Menemani suaminya bagi menyatakan takziah atas pemergian allahyarham Raja Abdullah, Michelle hadir memakai seluar, blaus dan jaket labuh - tetapi tanpa tutup kepala.

Ketika pegawai-pegawai kerajaan Saudi, yang kesemuanya lelaki, menyambut mereka, kelihatan ada yang bersalam dengan Michelle tetapi ada juga yang cuma mengangguk kepala tanda hormat.

Menurut undang-undang Arab Saudi yang ketat, wanita negara itu wajib memakai tudung di khalayak ramai.

Kebanyakan memilih pakaian tradisional dengan berpurdah.

Menutup kepala tidak diwajibkan kepada orang asing.

Bagaimanapun, langkah Michelle itu tetap mencetuskan perbincangan hangat sehingga hashtag dalam bahasa Arab membincangkan perkara itu direka.

“Saya bangga dengan kami kerana tidak tunduk kepada raja yang menindas perempuan," menurut tweet #Justice4Serena.

Lihat Komen
ADS