Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laman web tukar tweet jadi puisi
Diterbitkan:  Jan 29, 2015 9:10 AM
Dikemaskini: 1:21 AM

Sesiapa sahaja boleh menulis di Twitter tetapi bukan semua orang mampu menghasilkan puisi.

Ini kerana ia memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi serta kemahiran menggubah bahasa menjadi indah.

Bagaimanapun, dengan kuasa teknologi, semua itu berubah apabila sebuah laman web kini mampu menukar pesanan tweet menjadi sebuah puisi.

Ia menjadi kenyataan melalui Poetweet yang dicipta sebuah syarikat daripada Brazil.

Menurut Huffpost Tech, laman web itu menggunakan kaedah membaca corak tweet, memadankan ayat dan kemudian – bergantung jenis puisi yang dipilih – mengubahnya menjadi sebuah karya seni.

Lihat Komen
ADS