Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MH370: Waris minta jangan terburu-buru
Diterbitkan:  Jan 29, 2015 11:33 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Satu kumpulan sokongan kepada waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 mengingatkan kerajaan agar tidak bertindak terburu-buru dalam mengumumkan nasib pesawat berkenaan, yang masih dalam pencarian.

Peringatan itu muncul ekoran cakap-cakap bahawa pihak berkuasa akan membuat pengumuman penting mengenai nasib pesawat tersebut, yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 8 Mac tahun lalu.

Persatuan untuk Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370, Voice370 berkata, mereka hairan kerana kerajaan akan membuat pengumuman ketika Fasa 1 pencarian masih berjalan.

“Kami, waris kepada mangsa MH370 hairan mengapa pihak berkuasa Malaysia terburu-buru untuk membuat pengumuman, sedangkan tempoh pencarian masih lama lagi sebelum berakhir.

“Setidak-tidaknya, kami jangka mereka akan bersabar untuk menunggu sehingga fasa pertama tamat,” kenyataan Voice370 dipetik.

Menurut kumpulan tersebut, Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) memberi jaminan bahawa pencarian di Selatan Lautan Hindi masih berjalan seperti dirancang dan hampir sepertiga dairpada kawasan itu sudah diliputi.

“Mereka memberi jaminan kepada kami bahawa usaha tidak akan dihentikan sehingga kawasan seluas 60,000 kilometer persegi sudah diliputi.

“Kami sudah nyatakan sebelum ini dan menekankan sekali lagi, bahawa kami bersedia dengan apa jua kemungkinan, termasuk hakikat sekiranya saudara kami yang tersayang tidak akan pulang lagi.

“Bagaimanapun, hampir kesemua anggota keluarga sependapat dengan pendirian bahawa kami tidak akan mengisytiharkan bahawa saudara kami sudah meninggal dunia tanpa apa-apa bukti,” kenyataan itu dipetik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS