Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Perempuan lebih cemerlang akademik
Diterbitkan:  Jan 29, 2015 3:39 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Dalam bidang akademik, perempuan lebih cemerlang daripada lelaki di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Ini termasuk dalam keadaan perempuan berdepan layanan tidak setara dalam politik, ekonomi dan sosial, lapor Huffington Post.

Perkara itu sebahagian dapatan kajian Dr Gijsbert Stoet dari Universiti Glasgow, Scotland dan David C Geary dari Universiti Missouri.

Kajian mereka pada 2009 mendapati pelajar perempuan peringkat sekolah tinggi lebih bagus dalam ujian di peringkat antarabangsa di 52 daripada 74 negara yang dikaji.

Penyelidik cuba mencari hubungan antara pencapaian akademik dan tahap ketidaksetaraan gender negara terlibat.

Ini ekoran wujud spekulasi bahawa perempuan lemah dalam program penilaian antarabangsa PISA di negara itu negara mereka tidak dilayan secara adil.

Pengkaji bagaimanapun mendapati perempuan secara konsisten lebih cemerlang daripada lelaki pada dekad ini, tanpa mengambil kira bagaimana layanan negara tersebut kepada perempuan, kata laporan itu.

"Dalam banyak negara, perempuan tidak dibenarkan untuk melakukan banyak perkara, tetapi apa yang menarik perhatian adalah perempuan di negara-negara ini (jugalah) melakukan perkara yang terbaik di sekolah," kata Geary kepada portal itu.

Lihat Komen
ADS