PKR tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan pada 10 Februari, apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan Liwat II dan hukuman lima tahun penjara.
Menjawab satu soalan, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata jika ketua pembangkang itu dipenjarakan, parti itu "akan melawan" tetapi akan menggunakan kaedah pilihan raya.
Beliau menyifatkan tuduhan liwat pada masa lalu dan masa kini sebagai satu 'helah politik'.
Anwar selalu menyatakan bahawa tuduhan Liwat II itu, sama dengan yang pertama pada tahun 1998, telah direka oleh musuhnya. Kerajaan telah menafikannya.
Sabitannya terhadapnya sebelum ini membawa kepada satu siri demonstrasi jalanan, yang lebih dikenali sebagai gerakan Reformasi.
Sementara itu, Johari juga mengumumkan bahawa PKR akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi menyokong ketua pembangkang itu.
Siri jelajah it, bermula pada 1 Februari hingga hari penghakiman tersebut, akan diadakan di 10 tempat.
Johari berkata jelajah itu juga akan dapat mendidik rakyat mengenai situasi dalam negara ini.
Antara isu-isu yang akan dibangkitkan ialah prestasi Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kejatuhan nilai ringgit.
[Baca berita penuh/asal]