Seramai 14 anggota polis di bandar Shenzhen, China digantung tugas kerana disyaki makan haiwan terancam salamander gergasi, sejenis binatang dua alam seakan-akan cicak.
Media tempatan melaporkan, kesan tindakan pada Selasa itu juga, ketua polis daerah turut disiasat.
Salamander adalah amfibia terbesar di dunia.
Ia boleh membesar sehingga mencapai 180cm (6 kaki) panjang.
Ketika jamuan itu, terdapat pegawai polis didakwa menampar dan menghalang pemberita daripada mengambil gambar jamuan mahal itu, menurut Reuters yang memetik Southern Metropolis Daily.
Secara tradisinya, terdapat kepercayaan di China bahawa sesetengah anggota badan binatang liar mempunyai khasiat kesihatan.