Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Benarkan ketagihan kopi begitu buruk?
Diterbitkan:  Jan 30, 2015 8:41 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Kalau mahu minum kopi, jangan teragak-agak lagi.

Sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari bukan sekadar menyegarkan badan tetapi juga memberi faedah kesihatan.

Menurut kajian, minuman popular di seluruh dunia itu malah memberikan manfaat kepada tubuh badan dan otak manusia.

Berikut antara manfaatnya:

1. Kopi mengurangkan risiko kemurungan. Amalan minum empat cawan atau lebih kopi setiap hari mengurang risiko kemurungan bagi perempuan sehingga 20 peratus, menurut kajian Sekolah Kesihatan Umum Harvard. Ia juga mengurangkan 50 peratus risiko bunuh diri.

2. Kopi dapat mencegah barah kulit. Amalan minum empat cawan atau lebih kopi setiap hari mengurangkan risiko barah melanoma kulit sebanyak 20 peratus, menurut kajian terbaru diterbitkan dalam jurnal Institut Kanser Negara, Amerika Syarikat. Ia juga mengurangkan risiko nyanyuk.

3. Bau kopi boleh menghilangkan tekanan. Apabila tikus mencium bau biji kopi, gen berkaitan dengan antioksidan dan pengurangan tekanan akan diaktifkan, menurut kajian Universiti Kebangsaan Seoul. Pada manusia, kesan antitekanan itu berpunca daripada bau yang menyenangkan dan membuka selera.

4. Kopi membantu melawan kegemukan. Asid klorogen (CGA) dalam kopi dapat mengekang penyakit berkaitan kegemukan, menurut pengkaji di Universiti Georgia. Ujian pada tikus makmal mendapati, CGA juga mengurangkan keradangan, mengekalkan kandungan gula dalam darah dan mengekalkan kesihatan hati.

5. Kopi dapat mencegah parkinson. Individu yang tidak meminum kopi mempunyai risiko dua atau tiga kali terhadap masalah itu, menurut Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat. Walaupun terdapat rawatan bagi memperlahankan kesannya, tiada ubat untuk merawat parkinson. Justeru, mencegah lebih baik daripada mengubati.

6. Kopi menjadikan hati lebih sihat. Minum kedua-dua jenis kopi – dengan kafein dan tanpa kafein – mengurangkan enzim daripada hati bagi mencegah keradangan, menurut kajian Institut Kanser Kebangsaan, Amerika Syarikat terhadap 28,000 orang.

7. Kopi memanjangkan umur. Minum dua hingga enam cawan (atau lebih) kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 10 peratus bagi lelaki dan 15 peratus bagi perempuan. Dapatan ini diperoleh hasil kajian terhadap 200,000 lelaki dan 170,000 wanita (umur antara 50 hingga 71 tahun) dalam Jurnal Perubatan The New England.

Artikel ini asalnya disiarkan oleh RealSimple dan kemudian Time. Ia diterbitkan semula dengan sedikit penyesuaian.

Lihat Komen
ADS