Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Law Choo Kiang dibidas kerana didakwa tidak mengotai janjinya untuk tidak menerima jawatan dalam parti selepas dilantik menjadi speaker.

Law, bekas timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang, melepaskan jawatannya itu selepas dilantik menjadi speaker DUN selepas pilihan raya umum Mei 2013.

Law menggantikan Abdul Halim Hussein, yang merupakan naib pengerusi PKR.

Ketua Gerakan bahagian Batu Kawan, Lai Chew Hock (kiri) berkata hari ini bahawa Law telah berjanji untuk tidak menyandang sebarang jawatan parti, selepas menjadi speaker DUN.

Tetapi sekarang, katanya, Law masih menjadi timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang, yang menunjukkan bahawa beliau tidak mengotai janjinya itu.

Dan kini, tambah Lai, kesaksamaannya dalam mempengerusikan DUN boleh dipersoalkan.

Sebagai speaker DUN Pulau Pinang, katanya, Law mesti mengotai janjinya sendiri dan tidak menerima pelantikan jawatan parti.

Rekod menunjukkan Law - apabila dilantik sebagai speaker - telah berkata beliau akan menolak jawatan dalam parti bagi memelihara kebebasan dan profesionalisme DUN Pulau Pinang.

'Maklumbalas positif'

Lai berkata apabila pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman secara 'senyap-senyap' melantik Law sebagai timbalannya bulan lepas, Law tidak menolak tawaran itu.

Beliau berkata terdapat beberapa ADUN lain dari PKR yang boleh dipilih oleh Mansor, selain daripada Law.

Dalam reaksi segeranya, Law (kanan) bersetuju bahawa speaker DUN perlu 'berkecuali' ketika mengendalikan persidangan.

Ketika dihubungi, Law berkata, sejak dua tahun yang lalu, ADUN, terutama dari pembangkang, memberikan maklum balas yang sangat positif berkaitan dengan sikap berkecuali beliau.

"Kecualilah jika saya melepaskan keahlian parti, saya akan tetap dirujuk sebagai speaker PKR atau Pakatan Rakyat," kata Law yang juga ADUN Bukit Tambun.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS