Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki maut dihempap pokok di gerai
Diterbitkan:  Jan 31, 2015 1:27 AM
Dikemaskini: 5:49 PM

Seorang lelaki maut akibat dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di sebuah gerai makan berhampiran pejabat Jabatan

Perhutanan di Telok Datok, di Banting semalam.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa P Anbarasan, 54, sedang menjamu selera bersama tiga rakannya sebelum sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap mangsa.

Ketua Balai Bomba Banting Mohd Jaslizad Jalil ketika dihubungi berkata pihak bomba bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 2.44 petang.

"Kejadian itu berlaku disebabkan angin kencang sekitar pukul 2 petang tadi. Mangsa ketika itu sedang makan bersama tiga lagi rakannya sebelum sebatang pokok yang berhampiran tumbang lalu manghempapnya.

"Berikutan itu, pihak bomba terpaksa memotong dahan pokok yang menghempap mangsa menggunakan 'gergaji rantai' sebelum berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira setengah jam kemudian," katanya.

Beliau berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS