Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota keluarga MH370 luah rasa sedih
Diterbitkan:  Jan 31, 2015 1:35 AM
Dikemaskini: 5:51 PM

Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara pesawat MH370 Andrew Nari, memuat naik gambar berwarna 'hitam' di

akaun Instagramnya bagi menggambarkan kesedihannya selepas pengumuman kerajaan mengenai pesawat itu serta penumpang dan anak kapalnya, kelmarin.

Setelah menanti berita mengenai bapanya sejak 8 Mac 2014, gambar 'hitam' yang dimuat naik di Instagramnya @mairaelizabethnari itu, seolah-olah menggambarkan perasaannya yang "gelap" berikutan pengumuman bahawa pesawat H370 mengalami kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya terkorban.

Maira Elizabeth menerusi akaunnya itu turut memuat turun mesej: "And that all 239 passengers and crew on board MH370 are presumed to have lost their lives. #MH370."

(Kesemua 239 penumpang dan anak kapal MH370 adalah dianggap telah kehilangan nyawa mereka)

Di samping mendapat lebih 900 'like' pada gambar 'hitam' itu, Maira Elizabeth turut menerima kata-kata perangsang daripada pengikutnya termasuk @zurinalee yang mencatat: "Dear darling...we know our presence can't replace the one you lost. But remember you've got the love from the whole nation. You'll always have our moral support. Pls stay strong ya. Take care."

(...kami tahu kehadiran kami tidak boleh menggantikan orang yang anda kehilangan. Tetapi ingat anda mendapat kasih sayang dari seluruh negara. Anda akan sentiasa mendapat sokongan moral kami. Tolong kekal tabah. Jaga diri)

Sementara @dery.natasha pula berkata:"Dear Maira. What can I say, pls be strong pretty. I know it's since im not at your place but i can feel your sadness. Keep on praying and everything happens for a reason. May God ease everything."

(Apa yang boleh saya katakan, kuatkan diri. Saya tahu, saya tidak berada di tempat anda tetapi saya dapat merasakan kesedihan anda. Teruskan berdoa dan semuanya berlaku ada sebabnya. Semoga Tuhan memudahkan segala-galanya).

Dalam pada itu, Maira Elizabeth melalui akaun Twitternya, @Gorgxous_ meminta orang ramai memberikannya masa dan ruang untuk menerima takdir itu dengan menulis :"I need my own time and space, so please. Haih...".

(Saya perlukan masa dan ruang saya sendiri, jadi tolong)

Sementara itu, Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, dalam Instagramnya @intanmaizuraothaman telah memuat naik video rakaman karaoke yang dinyanyikan oleh Mohd Hazrin bertajuk 'Teman Pengganti',

nyanyian Black dan Malique, kelmarin.

Di samping video berkenaan, beliau turut memetik bait-bait lirik lagu tersebut iaitu "jaga diri, jangan makan hati yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti bilik dah kukemas, katil dah kurapi cincin, kunci, dompet dalam laci ada sikit wang, itu saja baki moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.#prayforrainmh370 #rainsfamilia".

Mendapat lebih 1,000 'like', Intan Maizura turut menerima kata-kata semangat daripada pengikut Instagramnya termasuk @fatihalee yang menulis: "Kuatkan semangat yer akk. Sy thu akk lalui hri2 y perit jerit stiap hri, tp ykinlh ad hkmah d sblik sume kjdian ni. Kmi d sni sntiasa mdoakn sume pnumpang2 mh370, smoga Allah tjukn kbenaran suatu hri nti. Stay strong akk".

(Kuatkan semangat. Saya tahu kakak lalui hari-hari perit setiap hari tapi yakinlah ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Kami di sini sentiasa mendoakan semua penumpang MH370, semoga Allah tunjukkan kebenaran suatu hari nanti)

Sementara @fieymelia pula berkata: "keep strong akak...saya doakan akak semakin tabah dan redha...doakan yg terbaek utk akak...akak wanita tabah n wanita superb utk 2 cahayamata n anugerah serta kenangan akak wit hubby...akak superb awesome utk saya...luv ur spirit..".

(Saya doakan kakak semakin tabah dan reda...doakan yang terbaik untuk kakak...kakak wanita tabah dan wanita hebat untuk dua cahaya mata dan anugerah serta kenangan kakak bersama suami)

Video tersebut juga turut dikongsinya di akaun Twitternya @intanmaizura80 dengan berkata: "Tidak sangka nyanyian u ini sangat bermakna B.. I always love you B.."

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata berdepan kehilangan tersebut adalah pengalaman peribadi yang sangat mendalam kepada keluarga dan tiada siapa yang benar-benar dapat memahami apa yang mereka lalui sekarang.

"Bagaimanapun, kini selepas pengumuman itu, saudara-mara dan rakan terdekat berada dalam kedudukan lebih baik untuk membantu mereka berdepan proses kesedihan ini," kata Mohanraj yang juga perunding psikiatri dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sangat sukar untuk menerima kematian tetapi kesedihan yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada keadaan psikologi anggota keluarga dan mereka yang tersayang boleh menderita kemurungan dalam jangka masa panjang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS