Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pensyarah Datuk Dr Asri Zainul Abidin sekali lagi dilantik sebagai mufti Perlis menggantikan Datuk Dr Juanda Jaya.

Beliau memulakan tugas di pejabatnya di Kangar hari ini.

“Pohon doa semua rakyat Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau.

Turut dipaparkan gambar beliau bekerja dalam pejabatnya.

Asri kali pertama dilantik menjadi mufti Perlis pada 2006 menggantikan Datuk Mat Jahya Hussin yang berkhidmat selama 22 tahun.

Semasa era pentadbirannya Asri terkenal sebagai seorang ulama yang lantang dan mengambil bahagian secara aktif dalam  perdebatan isu semasa termasuk politik dan agama.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau berkata mahu memenuhi tanggungjawabnya kali ini untuk mempamerkan Islam sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.

“Islam ini punca rahmat, bukan punca masalah. Isu-isu berkaitan Islam tidak harus menjadi punca rakyat berpecah belah.

"Rakyat harus lihat Islam sebagai penyelesaian,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan terus lantang seperti sebelum ini, sambil ketawa kecil beliau menjawab:

“Rakyat boleh nilai selepas ini. Ini sebuah dunia terbuka,” katanya.

Lihat Komen
ADS