Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan berkata, beliau hanya menunjukkan "sedikit" sahaja daripada pistol yang dibawanya semasa menghadiri sidang media di ibu pejabat MIC minggu lalu.

Katanya, pistol itu dibawa bagi mempertahankan diri dan bukan bertujuan untuk mengugut atau menakutkan sesiapa.

"Saya simpan untuk pertahankan diri. Sebab itu nampak sikit. Bukan nampak pistol (penuh). Nampak sikit saja.

"Senjata diberi untuk menjaga keselamatan saya. Saya mesti bawa.

"Tapi tak sampai nak ugut sesiapa atau takutkan. Nampak sikit saja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Pada Jumaat lalu, satu gambar menunjukkan pistol milik Saravanan, tersentil di pinggang seluarnya telah menjadi perhatian meluas di Facebook.

Gambar itu dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.  Dilaporkan ia berlangsung tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu,  yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan itu, menimbulkan kekecohan.

Lihat Komen
ADS