Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas lapan tahun, saman sivil RM100 juta yang difailkan oleh keluarga Altantuya Shaariibuu terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia, ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini untuk pengurusan kes selanjutnya pada 13 Mac.

Ini akan membolehkan peguam keluarga itu - Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo - masa untuk mendapatkan semula rekod mahkamah berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya.

Ramkarpal, ketika dihubungi, berkata mereka telah berjumpa dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini untuk membincangkan perkara itu.

Beliau berkata rekod mahkamah untuk rayuan kepada Mahkamah Persekutuan adalah perlu bagi saman itu kerana Azilah dan Sirul telah juga dinamakan sebagai defendan, selain Abdul Razak dan kerajaan.

"Oleh itu, kami akan menggunakan masa yang diberikan itu untuk mengumpul rekod rayuan," kata Ramkarpal.

Saman sivil itu difailkan oleh bapa Altantuya - Shaariibuu Setev (atas), isterinya Altansetseg Sanjaaand dan cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal, 16, dan Altanshagai Munkhthulga, 11, pada tahun 2007.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS