Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pulangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke pangkuan ilahi menandakan tamatnya era pemimpin kanan PAS yang memberikan komitmen tinggi untuk kerjasama politik parti-parti pembangkang.

Perubahan itu sudah dirasakan, terutamanya selepas allahyarham tidak aktif selepas pilihan raya umum ke-13 lalu kerana menderita barah, kata Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

“Dulu kita nampak tokoh itu kuatkan Pakatan dan tolak hubungan (PAS) dengan Umno. (Presiden PAS ketika itu Datuk) Ustaz Fadzil Noor disokong kuat Tok Guru Nik Aziz.

“Sekarang tokoh kuat Pakatan itu tidak ada,” kata ketua NGO itu Phahrolrazi Zawawi kepada Malaysiakini .

 

Pasma sebuah NGO lantang yang digerakkan oleh sebahagian besar anggota PAS.

Phahrolrazi berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi tulang belakang Pakatan.

Kata Phahrolrazi, prospek masa depan PAS dalam Pakatan tidak menentu dengan gandingan baru Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

“Dengan pendirian yang ada itu, nampak keadaan tak menentu.

"Jadi muktamar sangat penting,” kata Phahrolrazi.

Muktamar kali ini akan turut menyaksikan pertandingan merebut jawatan-jawatan dalam parti.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS